Tips Memahami Pasangan Anda
Love your partner
Friday, February 15, 2008
Monday, November 27, 2006
Bagaimana Menyayangi Seseorang
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Sunday, November 26, 2006
Mulakan langkah
Assalamualaikum.
Sampaikan lah salam, cintaku kepadanya. Walaupon terluka, namun ku masih sayang. Kerana cinta ku, mewangi dan harum…bla bla bla…
Hari ini kita akan membincangkan langkah-langkah untuk memulakan perkenalan dengan si dia pujaan hati kita. Apakah strategi yang perlu di atur?
Sebelum menghulurkan salam perkenalan, adakah anda pernah terfikir:
- Apakah tujuan anda berkenalan dengan si dia?
- Di manakah kelebihan si dia?
- Adakah anda akan mendapat faedah dari perkenalan tersebut?
- Apakah yang menarik hati anda untuk berkenalan?
- Latar belakang keluarga nya?
- Dan berbagai lagi soalan yang boleh di fikirkan.
Walaupon dikatakan cinta itu buta. adakah benar cinta itu buta? Jika benar, buktikan yang ia bermata. Saya sudah minta ramai kawan-kawan saya membuktikan cinta itu bermata, tapi sampai sekarang tiada lagi jawapan yang boleh diterima. Oleh itu, persoalan di atas adalah wajar dicari jawapan sebelum memulakan langkah pertama untuk mengenali si dia. Andai kata anda sudah temui jawapan nya, maka mudahlah untuk mengatur langkah seterusnya.
Jangan lah nanti, selepas berkenalan, selepas hampir seluruh hati anda terpaut pada si dia, anda merasakan tiada keserasian pada diri anda berdua. Nah..waktu ini siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka.
Gunakan kesempatan yang ada. Selidiki dulu si dia. Yang paling penting, apakah niat anda untuk berkenalan dengan si dia? Sekadar suka-suka? Orang lain couple, aku pon nak couple? Kalau itu jawapan nya, hentikan lah. Lebih baik tumpukan pada pelajaran ataupon kerjaya anda.
Inginku gapai bintang di langit tinggi. Tapi apakan daya, tangan tak sampai.

Thursday, November 23, 2006
Naluri ingin berpasangan
Assalamualaikum.
Keinginan untuk berpasangan adalah menjadi lumrah sebuah kehidupan. Membayangkan situasi hidup bersendirian, tanpa pasangan mencetuskan satu pandangan yang agak janggal. Pandang dan lihatlah disekeliling kita. Betapa makhluk yang tidak bernyawa sekali pun ada pasangannya. Itu lah hakikat. Kita sebagai manusia biasa tidak perlu melarikan diri dari hakikat.
Perasaan ingin menyayangi dan disayangi terdapat dalam diri setiap makhluk. Tidak kiralah manusia ataupon binatang sekalipon. Cuma mungkin cara sahaja berbeza. Kasih sayang lahir tanpa kita sedari. Jika tidak, masakan ketika berumur setahun jagung, ketika masih di bangku sekolah tadika kita sudah boleh merasakan cinta pada seseorang? Itu mungkin digelar cinta monyet oleh sesetengah orang. Tapi tidak dinafikan bahawa ada juga cinta monyet yang berputik di alam persekolahan membawa pasangan tersebut sehingga ke gerbang perkahwinan.
Ada insan yang dahulunya amat kita benci. Tapi tanpa disedari, semakin lama semakin hilang rasa benci, digantikan dengan perasaan kasih sayang terhadap insan tersebut. Berputiklah cinta. Dapatkah kita menyangkal fakta tersebut? Cinta sejati hadir tanpa disedari.
Dalam proses berpasangan, untuk memulakan hubungan tersebut amat susah bagi sesetengah orang. Kebanyakkan nya malu untuk memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan. Bimbang kita akan dikecewakan. Mengapa perlu malu sedangkan kita meminati insan tersebut? Mengapa perlu bimbang? Mana tahu si dia juga meminat kita? Ingatlah, langkah pertama adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya.
Bagaimana atau apakah langkah terbaik untuk memulakan perkenalan? Kita simpan soalan ini untuk dijadikan topik perbincangan pada esok hari.
Walau kail panjang sejengkal, cubalah juga mengail. Untung-untung ada ikan termakan umpan.
Salam perkenalan
Assalamualaikum.
Salam perkenalan buat para pembaca. Blog ini dibuat hasil dari cetusan idea seorang kawan. Blog khusus membicarakan soal hati antara dua insan yang bercinta.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Pantai mana yang tidak dihempas ombak. Sekali dipukul ombak, sekali pantai berubah. Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Itu lah adat kehidupan manusia.
Perbincangan di blog ini akan lebih menjurus kepada menambat hati pasangan. Perkongsian idea-idea bernas amatlah dialu-alukan. Mari kita bersama menjana perpaduan dan kasih sayang di antara dua insan bercinta.
Perjalanan kita baru bermula. Marilah melangkah gagah mengharungi samudera raya. Adakah kita akan sampai ke destinasi cinta sejati ataupon karam di lautan dalam.
Sekian.